Jumaat, 17 Disember 2010

PERUSAHAAN KECIL TEMPATAN




PUZ MART ini adalah hak milik Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dan ia dibuka untuk membantu golongan ibu-ibu tunggal khasnya disamping menjana ekonomi Teluk bahang dan menaikkan taraf ekonomi penduduk pada amnya.









Tapak projek pemasaran ikan merupakan sebuah tapak menjual pelbagai jenis ikan segar hasil daripada tangkapan nelayan-nelayan di Teluk Bahang. Kadar harga jualan adalah berpatutan.









Tapak Perusahaan ini telah diusahakan oleh salah seorang penduduk Teluk Bahang dibantu oleh beberapan orang kelainan upaya dan telah menerima suntikan dana daripada pusat Urus Zakat Pulau Pinang. Perusahaan yang diusahakan adalah seperti biskut, kuih-kuih tempatan, gubahan hantaran dan kraftangan laut. Mereka juga sedia menerima tempahan pada bila-bila masa.








Refleksologi merupakan rawatan urutan kaki bagi melancarkan pengaliran darah atau sistem di dalam tubuh badan kita. Pusat ini telah di wujudkan di Teluk Bahang dan diusahakan oleh penduduk tempatan terlatih untuk kemudahan kesihatan bagi para pelancong dan masyarakat tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan