Jumaat, 17 Disember 2010

SEJARAH TELUK BAHANG

Teluk Bahang ialah nama yang telah diberikan oleh penduduknya yang awal kawasannya dari kedah dan Pulau Langkawi. ada diantara mereka datangnya dari Padang Hang, Kedah. Disebabkan hawa di Teluk ini sama dengan tempat mereka yang berbahang panasnya maka ia dinamakan sebagai Teluk Bahang. Mengikut cerita orang tua tempat ini dipilih sebagai tenmpat tinggal dan perlindungan kerana difikirkan sesuai untuk melakukan serangan balas kepada Negara Siam sewaktu perang dahulu. Tok koni merupakan salah seorang pelopornya yang handal dan kuburnya masih ada tetapi kubur Osman Bin Panjang Malik sudah tidak dapat dikesani. Bagaimanapun kubur-kubur lama orang aceh yang penah berkampung disini terdapat disekitar pantai Kampung Teluk Bahang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan